Dik,
Kita sebenarnya belum bermula
cuma berlari-lari di bibir pantai
kaki kita hanya basah oleh buih-buih ombak
laut di hadapan luas
menanti dengan gelora dan badai
pulau itu bukan fatamorgana
itulah mimpi yang kita kongsi
bersama perahu dan pendayung di tangan
Dik,
Ku lihat telapak kakimu tersayat
merah oleh gigitan ketam-ketam pasir
bersama seguris tikaman teritip di batu karang
itu hanya laut berkirim salam
dibingkiskan buatmu segaris luka
erti sebuah pelayaran
kerana laut itu adalah kehidupan
Dik,
biar kubalut dulu luka itu
dengan kelembutan daun nyiur dan buah bidara
sebagai bekalan dan azimat peneguh jiwa
camar-camar di laut itu kau jadikan teman
pasti nanti tak lupa kubisikan bismillah di telingamu
bermulalah
dan jangan berpaling
- Teluk Bidara 2009
Picture by
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCvo80e6STsUXKu4MeIB9WGw6h4XBMiDXdiaaqN5sSjcyvNwj0pOhYadQdm57EY07co3GuwdINYgOSo96_shcojLplpcbcIhFzeJt8izHFC71cC57cm2JlgARPfNYupSiTMJbwM8d-HzU/s400/sunrise+at+tanjung+lesung.jpg
puisimu bgs bgt. aku suka banget puisi
ReplyDeletepuisimu bgs bgt. aku suka banget puisi
ReplyDeletePuisinya bgs bgt, aku jga suka puisi
ReplyDeletebravo..ikhlas...aku suka saajk ni...
ReplyDeleteSuka. Sangat kena di hati saya. :)
ReplyDeleteThis is a greaat post thanks
ReplyDelete