Salam,
Cerpen saya bertajuk "Gerimis dan Pelangi" telah tersiar di Majalah Mingguan Wanita Bil.1374 19- 25 Mac 2010. Terima kasih kepada Editor MMW kerana sudi menyiarkan cerpen saya ini. Alhamdullilah.
Ketika membaca kembali cerpen saya yang tersiar tu, saya merasa sedikit kelainan kerana saya dapati cerpen ini telah melalui banyak proses suntingan berbanding karya asal saya sebelum tersiar. Saya merasakan seolah cerpen saya ini bagaikan kehilangan keindahannya. Saya mengambil masa selama seminggu menyiapkan karya ini dengan memberi tumpuan melahirkan ayat-ayat indah, sayangnya ayat-ayat itulah yang hilang.
Namun begitu saya berpandangan positif dalam soal ini kerana Majalah Mingguan Wanita adalah majalah infomasi tentang wanita bukan majalah sastera. Tentulah editornya lebih menitik beratkan soal informasi dalam cerpen itu lebih daripada sedikit nilai "sastera" yang mungkin ada dalam cerpen ini.
Apa sekalipun, bagi saya ini merupakan satu proses pembelajaran yang amat berguna sekali kerana hari ini saya mempelajari sesuatu, pastikan karya anda menepati konsep dan tema majalah berkenaan sebelum menghantar karya anda. Karya tidak tersiar atau ditolak oleh satu hal yang boleh mengecewakan, karya yang tersiar tetapi sedikit lari dari karya asal juga kadang-kadang pun boleh melahirkan rasa kecewa.

Walau apa pun, saya tetap menghargai dan amat berterima kasih kepada Editor MMW kerana sentiasa memberikan peluang dan ruang untuk karya-karya saya tersiar di MMW. Moga ini akan berkekalan.
tahniah pak penyu!
ReplyDeleteya...karya yang tersiar tapi agak berbeza dari apa yang kita usahakan pada mulanya memang agak mengecewakan....
tapi itu lebih baik dari tak tersiar langsung kan..heheh
Terima Kekasih.
ReplyDeleteSaya rasa sedikit ralat kerana cerpen tu seharusnya dapat dikongsikan keindahan bahasanya dengan lebih ramai pembaca.
Membuang segala keindahan itu, cerpen ini tampak biasa-biasa sahaja.
Benar kata anda, tersiar itu lebih baik daripada tidak tersiar langsung. Tentu saya lebih bernaissb baik kerana ramai diluar sana yang turut menghantar karya mereka, tapi masih belum keluar.
*wink* *wink*
ReplyDeleteTahniah Abang Sham! Wah, semakin banyak karya yang tersiar. =)
Ya, saya dapati memang ada kekurangan dalam cerpen yang tersiar ini. Jiwanya kurang tidak seperti yang ada di Kapasitor. Mungkin jumlah halaman yang agak terhad menyebabkan editor memotong beberapa bahagian dalam cerpen ini.
Walau apa pun, setuju dengan kasih. Tahniah sekali lagi... =)
tahniah tahniah :D
ReplyDeletehehe.
dalam kena sunting2 tu. terbit juga.
dalam kecewa-kecewa tu .. ha terbukti abang sham pandai mengusik jiwa dan perasaan wanita. sebab tu karya abang sham asik tersiar :D