Angin laut yang terus berbisik di Teluk Bidara ini adalah bicara tentang kehidupanku. Di sinilah sewaktu kecil, aku lelah bermain-main mengejar ombak dan anak-anak ketam yang sedang berlarian di pasir pantai. Di sini jugalah, aku akan terus berbicara tanpa jemu tentang laut, ikan, sotong, udang, si camar, terumbu karang, ombak badai, gelombang laut, sang helang berdada merah dan tentang segunung harapan di hatiku. Di pantai Teluk Bidara inilah angin dari Laut China Selatan akan terus berbisik tanpa henti. - Upenyu

Tuesday, July 30, 2013

TANAH SUKU EKAR DI MINGGUAN WANITA

 
 


Tahun ini saya hanya menghantar satu karya ke media iaitu cerpen bertajuk "Tanah Suku Ekar" dan telah tersiar di Majalah Mingguan Wanita edisi bulan April 2013. Musin kemarau masih belum berlalu bagi saya walau pun telah menyiapkan bebarapa karya, namun masih terasa tiada kekuatan dalam karya-karya yang dihasilkan maka itu karya-karya ini saya peramkan dulu menunggu masa yang sesuai untuk dihantar ke media.
 
Berbalik kepada cerpen saya yang tersiar, cerpen saya ini adalah berkisar permasalahan merebut tanah pusaka oleh dua adik beradik hingga menimbulkan permusuhan dikalangan keluarga yang berlarutan hingga ke anak-anak keduanya.
 
Gaya penulisan saya dalam cerpen ini agak berbeza dengan gaya penulisan saya sebelumnya. Dalam cerpen ini saya mencuba untuk menulis secara santai sahaja tanpa  memasukkan unsur-unsur bunga bahasa, tiada monolog dan pemilihan kata yang biasa-biasa sahaja. Dalam cerpen ini saya menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu saya. Saya di sini menjadi pencerita. Malangnya percubaan saya mungkin kurang berjaya keana karya saya yang tersiar telah dirombak oleh pihak editor majalah wanita. Sudut pandangan orang pertama tellah bertukar menjadi sudut pandangan orang ketiga. Perubahan ini sedikit sebanyak menyebabkan beberapa perenggan yang yang dihasilkan agak kurang memuaskan.
 
Walau bagaimanpun saya tetap mengucapkan terima kasih kepada Editor yang telah sudi menyiarkan cerpen saya dengan beberapa perubahan.
 
akhir kata, jumpa lagi.

2 comments:

  1. Assalamualaikum, Tuan selamat berpuasa.

    Tahniah, atas penyiaran cerpen ni. Dah lama ya tak update blog.

    Berkenaan perkara ini, saya juga pernah mengalaminya. Seringkali cerpen saya diubah sudut pandangannya. Namun saya menganggapkan mungkin corak penulisan di Mingguan Wanita begitu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Rasa sayang pulak bila tengok blog ni tak terjaga. jadi balik ni tebas-tebas lalang apa yg patut.

    Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidl Fitri.

    ReplyDelete