Angin laut yang terus berbisik di Teluk Bidara ini adalah bicara tentang kehidupanku. Di sinilah sewaktu kecil, aku lelah bermain-main mengejar ombak dan anak-anak ketam yang sedang berlarian di pasir pantai. Di sini jugalah, aku akan terus berbicara tanpa jemu tentang laut, ikan, sotong, udang, si camar, terumbu karang, ombak badai, gelombang laut, sang helang berdada merah dan tentang segunung harapan di hatiku. Di pantai Teluk Bidara inilah angin dari Laut China Selatan akan terus berbisik tanpa henti. - Upenyu

Wednesday, December 14, 2011

"Kabus Dari Seberang" tersiar di majalah Perempuan Disember 2011


Kalau tidak kerana Helmi memaklumkan kepada saya, saya mungkin belum mengetahui yang cerpen saya bertajuk "Kabus Dari Seberang" telah tersiar di keluaran terbaharu majalah Perempuan edisi Disember 2011. Wajah artis Yuna menghiasi muka hadapan majalah ini. Terima kasihh Helmi. Anak muda yang cukup berbakat dalam bidang penulisan ini mula menyapa saya lewat karya saya bertajuk "Bisik Angin Teluk Bidara." Anda boleh baca penulisa beliau di blog beliau di Tetamu istimewa


Alhamdullilah dengan tersiarnya cerpen saya, saya merasa amat bersyukur kerana setakat ini karya saya belum pernah ditolak oleh pihak Editor. Tentu juga saya tak pernah lupa pada sifu saya dalam dunia penulisan iaitu Novelis Azmah Nordin.


Tahun ini saya amat kurang berkarya oleh kerana kekangan tugas yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Adakala satu cerpen yang saya hasilkan memakan masa sebulan dua sehingga saya rasa ianya benar-benar mantap sebelum dihantar ke media. Insyaallah rasanya tahun 2012 yang akan menjelang akan memberibanyak ruang untuk saya terus berkarya. Insyaallah.

6 comments:

  1. Salam, cerpen ini sungguh indah. Jujur saya katakan cerpen ini teradun dalam suasana yang santai dalam masa yang sama menyisipkan pengajaran yang bermakna. Di samping membawa pembaca mengembara ke seberang. Tahniah! Saya tumpang gembira. Tuan Upenyu bertuah kerana karya Tuan tidak ada yang ditolak. Masa saya membelek-belek majalah Perempuan yang juga puisi saya yang tersiar bertajuk Membugar Ladang Jiwa saya terperasan nama Upenyu untuk bahagian cerpen kerana saya juga ada menghantar cerpen sebelum ini. Tetapi belum ada rezeki. Tuan saya ada melihat senarai karya Tuan banyak juga disiarkan di Majalah Mingguan Wanita. Bolehkah Tuan memberi panduan sedikit( karya-bilangan muka surat, alamat emel editor)kerana sebelum ini pernah menghantar tapi tidak sampai agaknya kerana alamat emel yang digunakan ditolak.

    ReplyDelete
  2. Salam Helmi, Tahniah juga untuk puisi yg tersiar tu. Saya bongkar balik email saya untuk cari email editor MMW tu (kalau tak silap namanya Sapuan, tapi tak jumpa. Kalau tak silap pengelola cerpen di MMW namanya Netty (netty@karangkraf.com.my). Kalau jumpa nanti saya maklumkan. Sebenarnya saya dah lama tak hantar karya ke MMW iaitu sejak karya saya yang terakhir disiar dicincang. Cuba-cuba lah call karangkraf minta bercakap dengan penoong editor, dia banyak membantu. Seperkara lagi, karya yang nak dihantar ke MMW jangan terlalu bermain dalaman, penggunaan ayat jangan terlalu bermetafora. Gunakan ayat-ayat biasa je kerana pembaca MMW kebanyakannya suri rumah. Jumlah perkataan dalam 2000 ke 3000. Kalau jumlah prkataanya lebih bila tersiar selalunya font size akan kecil dan sebaliknya. Jangan putus asa, lepas hantar, cuba call, insyaallah, hasilnya positif.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Upenyu kerana sudi berkongsi. Insyaallah. Satu perkara lagi tentang bayaran honorarium. Adakah MMW membayar honorarium? Begitu juga dengan majalah Perempuan? Adakah mereka membayar? Tidak pernah lagi karya saya tersiar di majalah berkenaan sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. Setakat ini semua karya saya yang tersiar dibayar oleh kedua-dua majalah tu. MMW bayar dgn cek, yang lain terus ke akaun bank. Majalah Aniqah membayar saya lebih tinggi daripada majalah lain.

    ReplyDelete
  5. Cubaa hantar ke majalah Aniqah kerana saya perhatikan majalah ni tak selalu siar cerpen, tak tahu lah kalau memamng tak ada ruangan cerpen atau cerpen kurang dihantar ke majalah tu. Cerpen saya keluar di Aniqah selepas sebulan saya hantar, boleh dikira agak cepat tersiarnya. Bayaran pun, boleh tahan. Tapi cerpennya kena masukkan unsur-unsur agama sikit secara langsung atau tak langsung.

    ReplyDelete
  6. Kalau di majalah Aniqah berapa pula panjang halaman untuk cerpen? Bolehkah Tuan Upenyu memberi alamat majalah tersebut dan a;amet emel editornya. Sekiranya ada karya yang sesuai akan saya hantar nanti. Terima kasih.

    ReplyDelete