
Jangan menangis gadis
nanti pelamin indahmu suram
biar aku korbankan cinta
demi ayahbondamu kedua
inaikan jarimu dengan segala rela
tersenyumlah dari sukma jiwa lara
Usah berkirim undangan
nanti bunga manggarmu berwarna merah
pasti tari silatku sumbang
biarkan sahaja aku di sini
berkompangkan alunan lagu luka
kerana mahligaimu hanya sesaat kaki melangkah
Andai kau bersempuh dalam gerimis
pasti titisnya menyiksa diriku
relakan perawanmu dengan tulus
istana itu biar ke penghujung
Usahlah menangis Gadis
kita tetap bersanding jua
di pelamin jiwa tersembunyi
- Shah Alam
Picture by
http://www.flickr.com/photos/elielid/1673368707/
Salam Ziarah Pak Penyu.
ReplyDelete(^_^)v
sedihnya ble cinta terhalang dan dipaksa bersama dengan org yg kita tak cinta.
[erm.. betul ke pe yg Lea faham tu? Hehe..]
syahdunya ...
ReplyDeleteTerima lea, cerita zaman muda-muda dulu.
ReplyDeleteGadis kalis peluru ku, terima kasih kerana sudi menjengah dari alor setar.
Terima kasih keran sudi singgah dan membaca.
Salam ziarah Abang Sham.
ReplyDeleteSeperti biasa, bunga-bunga bahasa dalam puisi Abang Sham sangat puitis namun masih boleh difahami maksudnya.
Penyampaian yang baik dan Abang Sham memang sesuai bermadah dalam alunan melankolik. Perasaan yang dipamerkan mudah menyerap ke dalam hati.
Wah, bukan main lagi saya berbicara ya. Hehehe...
Em, mungkin Abang Sham boleh beri tips untuk sesiapa yang ingin belajar menulis puisi seperti saya ni. Hehehe...
Okeylah, jumpa lagi. Salam berpuisi... ;)
bang sham khusus nulis puisi saja yaa....puisinya banyak sekali ^_^
ReplyDeleteTerima kasih RidhOne & Sunur kerana sudi baca.
ReplyDelete