Angin laut yang terus berbisik di Teluk Bidara ini adalah bicara tentang kehidupanku. Di sinilah sewaktu kecil, aku lelah bermain-main mengejar ombak dan anak-anak ketam yang sedang berlarian di pasir pantai. Di sini jugalah, aku akan terus berbicara tanpa jemu tentang laut, ikan, sotong, udang, si camar, terumbu karang, ombak badai, gelombang laut, sang helang berdada merah dan tentang segunung harapan di hatiku. Di pantai Teluk Bidara inilah angin dari Laut China Selatan akan terus berbisik tanpa henti. - Upenyu

Wednesday, October 14, 2009

"Rintik Hujan Di Kundasang" tersiar di Majalah Mingguan Wanita


Cerpen saya bertajuk "Rintik Hujan di Kundasang" telah tersiar di Majalah Mingguan Wanita Bil. 1352 16-22 Okt 2009.

Terima kasih kepada Sifu Azmah Nordin kerana telah mencuit sedikit sebanyak cerpen ini. Beliau baru ini telah dianugerahkan S.E.A Write Award 2009. Tahniah untuk beliau.












6 comments:

  1. Tahniah pak penyu. satu persatu karya pak penyu terbit. ;)
    ntah sy bila lagi nak mencuba..

    ReplyDelete
  2. tahniah pak penyu!hehe...sy sedang menulis sebuah cerpen..agak buntu mencipta konflik rumah tangga..harap dapat tunjuk ajar pak penyu..

    ReplyDelete
  3. Nurie & paktam,

    Anda semua di kapasitor yang jadi pendorong saya untuk terus berkarya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih penabahari.

    Orang kecil seperti saya ini, tersiar sahaja karya sebegitu, sudah dianggap seolah perkara beegitu besar. Kesiankan. Hehehe..

    ReplyDelete
  5. nice one... karya tu memang menarik... congrats... moga upenyu terus maju berkarya dan lebih bersemangat lagi...

    ReplyDelete