Telah kudengar seperti selalu
kau gores lagi gitar sepimu
membawa alunan mesra merayu
menyelinap lalu ruang rasaku
Alunan rindu mu hembus bayu
lembut syahdu melambai pilu
ada getar terasa sembilu
mencucuk menikam kamar sepiku
Kau kusapa lewat selaksa puisi
namun kau tak pernah peduli
tika kau gores lagi gitar sepi mu
aku ingin terus berdendang lagu
- Teluk Bidara
Picture by
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQwbkhFecC-jMFJxbyYRSFXOwiUTnDJP80kRf_3dK2s6EGesVqjw839ZXZH1nlyJiv12wQmdT7t63XeH53R5Ks6er0pgPSeUwxZcuJaVMZmSOOcXwhJCXyZ-nP4fIU6z4dVJ61gRKfGRg/s1600-h/Carla+Bruni+dan+Gitar.jpg
wah abang produktif sekali, posting tiap hari yaa...ini tentang seseorang yang senang bermain gitar atau ada makna tersembunyi dibaliknya ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHahahaha!!!
ReplyDeleteTidak tahu kenapa sanur, ilham itu, asyik-asyik datang. kalau dibiarkan sahaja, sudah tentu satu kerugian yang amat.
Puisi ini sebenarnya tentang seorang gadis yang sering menghantar kepada saya puisi-puisi tentang cinta,rindu, sepi dan kelukaan. Bagusnya ( atau malangnya) saya ini sudah kahwin, jadi layannya gitu-gitu aje, jangan tidak.
Terima kasih kerana sudi membaca.