Angin laut yang terus berbisik di Teluk Bidara ini adalah bicara tentang kehidupanku. Di sinilah sewaktu kecil, aku lelah bermain-main mengejar ombak dan anak-anak ketam yang sedang berlarian di pasir pantai. Di sini jugalah, aku akan terus berbicara tanpa jemu tentang laut, ikan, sotong, udang, si camar, terumbu karang, ombak badai, gelombang laut, sang helang berdada merah dan tentang segunung harapan di hatiku. Di pantai Teluk Bidara inilah angin dari Laut China Selatan akan terus berbisik tanpa henti. - Upenyu

Friday, March 5, 2010

Cerpen Yang Mendobrak Disiplin Penulisan Cerpen Mulai Membanjiri Kapasitor


Sebuah cerpen yang baik yang sering diterima umum harus memilik protagonisnya, hadirnya berperwatakan yang konsisten, wujudnya fenomena, adanya antagonis yang bangkit menentang protagonis, menyerlah konfliknya, wujud ketegangan yang menanjak ke klimaks dan berkesudahan dengan penyelesaian cerita yang bersifat tragis, sinis, sentimental, pedih, ceria dan bahagia.

Apakah cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh kebanyakan penulis di kapasitor pada awal tahun 2010 ini telah kehilangan sifat-sifat yang dinyatakan di atas? Sekali imbas boleh dikatakan kebanjiran cerpen-cerpen di Kapasitor memperlihatkan seolah-olah satu perkembangan yang positif. Namun jika dilihat kembali kebanjiran ini sebenarnya agak merunsingkan saya juga hingga merasa begitu memualkan.

Menyaksikan kegelojohan penulis-penulis baru terutamanya yang begitu sewenang-wenangnya melanggar segala disiplin penulisan cerpen begitu membimbangkan sekali. Saya amat khuatir sekiranya Kapasitor dijadi tempat untuk melambakan karya-karya sampah. Saya berharap mereka yang menulis di Kapasitor tidak sekadar menulis semata-mata kerana mempunyai tempat untuk menulis, seharus telah terlebih dahulu mempunyai matlamat dan hala tuju sebenarnya.

Adalah wajar dan bijaksana seseorang penulis itu memahami dan menguasai landas penulisan dan pelbagai langgam dalam disiplin penulisan cerpen terutamanya sebelum terus melanggar hukum-hukum penulisan dalam usaha mencuba kaedah yang baru, melakukan inovasi dan eksperimen.

Sebagai contoh, pengarang mampan seperti Shahnon Ahmad, A Samad Said, Azizi Hj Abdullah, Fatimah Busu melaksanakan proses yang mengikut tahap perkembangan tahap penulisan terlebih dahulu sebelum meneroka sesuatu yang baru dalam usaha mencari kelainan dalam karya mereka.

Pengecualian kepada penulis seperti Kurusawa, Rizzy, Hulubalang dan beberapa nama lagi (yang tahu kenapa mereka berkarya), kepada penulis-penulis baru yang berhasrat membebaskan diri dari kongkongan disiplin ini dengan melakukan penyimpangan, wajarlah terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu sastera, tatabahasa dan ilmu-ilmu bantu yang lain. Penyimpangan yang dilakukan merupakan pelanggaran yang berani, maka penulisnya haruslah berani menerima kritikan dan kecaman. Lazimnya penulis yang demikian menyerlah egonya, haruslah juga mempunyai kekuatan dalam diri untuk menghadapi cabaran. Lebih daripada itu, di luar kapasitor, haruslah memiliki keyakinan yang tidak sedikit kerana anda mungkin akan terpencil dan terlonta-lonta sendirian.

Di kapasitor sekarang ini hanya beberapa kerat sahaja penulis seperti Ridhrohzai, Adra serta beberapa orang lagi yang masih lagi mematuhi disiplin penulisan cerpen, yang mana terbukti hasil karya mereka ini tersiar di media arus perdana.

Penulisan ini walau bagaimanapun tidak bertujuan memperkecilkan peranan penulis-penulis sebegini kerana diakui mereka juga memainkan peranan dalam memberikan warna-warni dunia penulisan tanah air.Namun seperti yang saya nyatakan awal tadi pelajarilah dan kuasa dahulu ilmu penulisan yang sebenar. Jangan malu bertanya dan jangan mudah terguris bila ditegur.

Kepada mereka yang baru berjinak-jinak menulis, saya ingin melontar satu persoalan. Adakah anda benar-benar serius menulis atau sekadar suka-suka tanpa apa-apa matlamat? Kalau anda serius, hasilkan dahulu karya yang patuh kepada disiplin penulisan cerpen, hantar ke kapasitor saya sedia berkongsi sedikit ilmu yang ada sekadar termampu, tetapi jika sekadar suka-suka.....

Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan tidak mewakili pandangan Kapasitor dan Kru-Krunya yang lain juga.


Rujukan: Penulisan Cerpen, Othman Putih, 2001


Comment

1. On 5-03-2010 at 02:40:59 AM, dayya wrote:
saya nak like boleh? heheh. setuju dengan pandangan peribadi tersebut.
Send message | My.Kapasitor

2. On 5-03-2010 at 10:43:27 AM, NJay wrote:
err.. dobrak tu apa?
Send message | My.Kapasitor

3. On 5-03-2010 at 11:55:03 AM, cahatomic wrote:
well said pak penyu!

sebagai orang yang berpengalaman. saya tahu pak penyu arif dengan apa yang pak penyu katakan. dan komentar di atas sangat menyeluruh pada fokusnya.

kepada yang mahu mencari arah tuju dalam penulisan. pandangan di atas wajar diambil pedoman.

terima kasih di atas perkongsiannya
Send message | My.Kapasitor

4. On 5-03-2010 at 12:59:22 PM, hatikidal wrote:
terima kasih pak penyu !
Send message | My.Kapasitor

5. On 5-03-2010 at 14:33:55 PM, Rizzy wrote:
alamak..nama aku kena petik..huhu
Send message | My.Kapasitor

6. On 5-03-2010 at 20:44:01 PM, ridhrohzai wrote:
NJay: dobrak itu maksudnya lebih kurang merempuh atau melanggar jika tidak silap saya.

Hmm... Rata-rata cerpen yang dihantar punya kekuatan yang tersendiri. Aneka ragam dan cara yang menambah seri seksyen cerpen. Jika lihat dari sudut positif, ia satu perkembangan yang baik di mana penulis-penulis baru ini berani mempersembah dan mempertaruhkan karya mereka dan berkongsi idea yang segar.

Sebaliknya, saya gusar juga jika kurang dikawal, nilai estetika sebuah cerpen itu akan luntur dan tidak lagi unik. Sperti kata Upenyu, menulis itu perlu ada matlamat. Ada yang mahu menyebarkan teladan. Ada yang mahu memberi hiburan dalam pengajaran. Ada yang mahu menyindir dalam kelembutan. Yang penting, MATLAMAT dan TUJUAN.

Insyaallah, bukan sahaja para kru, malah saya yakin semua ahli dalam komuniti boleh membantu jika ada sebarang kemusykilan yang bertandang di hati.

::menulis itu perlu ikhlas::
Send message | My.Kapasitor

7. On 6-03-2010 at 00:58:25 AM, Kurusawa wrote:
kita perlu punya tujuan dalam menulis. Sebaiknya perlu ada sandi(pesanan) yang ingin di sampaikan. Sebab, jika pandukereta tanpa arah tujuan, minyak akan kehabisan, tayar akan kehausan.
Send message | My.Kapasitor

8. On 6-03-2010 at 01:04:06 AM, uculer wrote:
perumpamaan yang sangat bagus kurusawa


10. On 7-03-2010 at 14:06:36 PM, adreena wrote:

benar kata pak upenyu tu..
amat mengagumi kata2 penuh jujur itu...

kebanyakan cerpen2 komuniti baru/terkini, byk yang boleh difokus hanya berkaitan perluahan idea sahaja... cara perluahan dan intergiti jauh bercanggah... sehingga idea yang hendak dikeluarkan itu jadi tersangkak... lantas nilainya menurun... dan tanpa sedar kekadang melewati batas2 yang ada

saya sebenarnya hampir setiap hari ke sini.. membaca kesemua cerpen2 tu... cuma tak login sahaja
kekadang tu saya pun serbasalah... nak komen gusar tak jujur pada diri sendiri...
tak komenpulak, takut dikata tak aktif dan tak prihatin pada karya mereka...
padahal saya amat suka membaca di ruangan bermanafaat ni...

ikutilah nasihat pak upenyu tu..
terkadang pada kita, sesuatu karya yg kita hasilkan itu, kita anggap remeh temeh sekarang..
jangan terkejut suatu masa kelak ia akan jadi amat bermutu pada diri kita kelak...
kerana kerja2 seni itu, seperti barang antik... makin digilap dan dibiar mengharung waktu.. ia pasti akan lebih berharga...

bukan mudah nak berkarya sebenarnya..
yang penting ada jati diri untuk seni ini

bangga dengan pak upenyu!!


Send message | My.Kapasitor

Link yang berkaitan :
http://www.kapasitor.net/community/post/3281


Image by http://alhikayat.files.wordpress.com/2008/06/menulis_blog.jpg

No comments:

Post a Comment