Angin laut yang terus berbisik di Teluk Bidara ini adalah bicara tentang kehidupanku. Di sinilah sewaktu kecil, aku lelah bermain-main mengejar ombak dan anak-anak ketam yang sedang berlarian di pasir pantai. Di sini jugalah, aku akan terus berbicara tanpa jemu tentang laut, ikan, sotong, udang, si camar, terumbu karang, ombak badai, gelombang laut, sang helang berdada merah dan tentang segunung harapan di hatiku. Di pantai Teluk Bidara inilah angin dari Laut China Selatan akan terus berbisik tanpa henti. - Upenyu

Thursday, February 2, 2012

"Di Sayap Kupu-Kupu Terbang" di Majalah Mingguan Wanita


Dah lama saya tak menghanatar karya saya ke Majalah Mingguan Wanita, jadinya pada 9 Januari, 2012 lalu saya kembali mencuba menghantar karya saya yang bertajuk "Di Sayap Kupu_Kupu Terbang" dan menjangkakan kalau tersiar pun mungkin dua tiga bulan lagi. Alhamdulillah, saya tak perlu tunggu lama, karya saya akhirnya tersiar agak awal pada keluaran bil 1472 3 - 9 Februari, 2012. Terima kasih kepada Editor majalah Mingguan Wanita.

Untuk yang berminat menghantar karya ke Majalah Mingguan Wanita, hantar sahaja ke Pengelola Cerpen Majalah Mingguan Wanita, netty@karangkraf.com.my.

4 comments:

  1. tahniah saya ucapkan. bukan senang nak lihat karya dipaparkan dalam majalah.

    saya wakil dari www.warnakaseh.blogspot.com. kami sedang mencari penulis jemputan yang berminat untuk memamparkan karya mereka di ruangan kamu. kalau encik sudi, kami amat berbesar hati. encik boleh email karya encik di warnakaseh@gmail.com.

    terima kasih saya ucapkan.

    ReplyDelete
  2. bolehkah share email untuk menghantar karya utk majalah perempuan?terima kasih..

    ReplyDelete