
Apakah kini aku menjadi penulis mata duitan. Penerbit ini membayar agak tinggi karyaku yang tersiar baru-baru ini. Sebelum ini karya-karya samada puisi atau cerpen aku hanya dibayar sekitar seratus ringgit. Karya aku yang pertama tersiar di media dibayar sebanyak RM80, ceknya tak pernah aku tunaikan dan masih disimpan sehingga kini sebagai kenang-kenangan. Seterusnya selepas itu ada yang dibayar diantara RM50 ke RM100. Ada juga langsung tak dibayar. Aku tak kisah sangat pun, janji hati puas. Kali ini agak tinggi. Penulis materialistikkah aku selepas ini. Masa yang akan menentukan.
Tak apa lah mata apa pung mustahak pendapatang yang halal dan karya yng dimanfaatkan...
ReplyDeleteBukan mata duitan atau materialistik tapi itu rezeki dari Tuhan
ReplyDeleteSemoga lebih berjaya.