Angin laut yang terus berbisik di Teluk Bidara ini adalah bicara tentang kehidupanku. Di sinilah sewaktu kecil, aku lelah bermain-main mengejar ombak dan anak-anak ketam yang sedang berlarian di pasir pantai. Di sini jugalah, aku akan terus berbicara tanpa jemu tentang laut, ikan, sotong, udang, si camar, terumbu karang, ombak badai, gelombang laut, sang helang berdada merah dan tentang segunung harapan di hatiku. Di pantai Teluk Bidara inilah angin dari Laut China Selatan akan terus berbisik tanpa henti. - Upenyu

Sunday, February 7, 2010

"Seusai Tari Sumazau Kita" tersiar di Berita Harian 6/2/2010

Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas.


Salam,

Puisi saya yang bertajuk "Seusai tari Sumazau Kita" telah tersiar di akhbar Berita Harian edisi Sabtu 6 Februari 2010. Saya tidak sempat membeli dan membaca akhbar Berita Harian berkenaan kerana sibuk dengan Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 yang diadakan pada hari yang sama di UKM Bangi.

Namun pagi ini, sorang sahabat baik telah emailkan keratan akhbar yang menunjukan puisi saya bertajuk "Seusai Tari Sumazau Kita" telah tersiar siap sekali dengan imej sepasang penari Tarian Sumazau. Puisi ini dah lama saya simpan, cuma pada hari Selasa minggu lepas baru saya menghantarnya ke Berita Harian.

Puisi ini terlahir sewaktu saya terpesona menyaksi persembahan Tarian Sumazau oleh peserta-peserta kursus pada malam sumbangsih. Kursus induksi anjuran sebuah GLC yang diadakan di Zen Garden Resort, Kundasang, Sabah sekitar bulan Oktober 2010.
Terima kasih kepada Pengarang akhbar berkenaan kerana sudi menyiarkan puisi saya ini.

2 comments: