Monday, April 13, 2015

SATU CATATAN PERSAHABATAN


Ianya seperti kisah dalam sebuah novel tentang dua orang sahabat baik yang hingga penghujung usia tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya berkongsi perasaan yang sama, iaitu mencintai seorang perempuan yang sama. Hakikat sebenar 30 tahun persahabatan.

Semalam perempuan itu berkata, "demi persahabatan itulah, 30 tahun dulu cinta itu tidak bersambut.."

Hari ini, di mata dia, seorang lelaki yang terbaring tenat itu hanyalah seorang lelaki yang telah mengkhianati sebuah persahabatan.

No comments:

Post a Comment