Wednesday, August 19, 2009

Cinta di garisan terlarang



Kekasih, berhentilah
usah lagi kita teruskan
melintasi garisan itu
ada hukum yang terbentang
jelas terpampang menghalang kita

Kekasih, berhentilah
Usah lagi kita tertipu
tiada syurga firdausi menanti di situ
hanya ada kerikil tajam dan kejam
bagai jerangkap menanti kita

Kekasih, berhentilah
Usah lagi kita dengarkan
Bisikan indah syahdu dusta
diwajahkan neraka umpama syurga
menjemput kita untuk diperdaya

Kekasih, berhentilah
usah lagi kita bermimpi
tentang sungai madu jernih mengalir
kerana yang ada menunggu
hanya limpahan noda kotor dan jijik

Kekasih, berhentilah
usah lagi kita hanyut
dengan buaian mimpi palsu
syurga itu hanya ilusi
bila terjaga sesalan menjelma

Kekasih, berhentilah
usah kita teruskan
perjalanan ini sia-sia
kita undurkan langkah
kembali kepada fitrah
kerana di antara kita
jelas terbentang
garisan merah yang terlarang


- Teluk Bidara

2 comments:

  1. kekasih, beri aku kekuatan untuk berhenti.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan juga,
    semoga kita berjaya dunia dan akhirat.
    The reality of fasting "use Ramadan to kick smoking habit..."

    (^_^) have a lovely day!

    ReplyDelete