Thursday, May 14, 2009

Gadis, usah menangis




Jangan menangis gadis

nanti pelamin indahmu suram

biar aku korbankan cinta

demi ayahbondamu kedua

inaikan jarimu dengan segala rela

tersenyumlah dari sukma jiwa lara



Usah berkirim undangan

nanti bunga manggarmu berwarna merah

pasti tari silatku sumbang

biarkan sahaja aku di sini

berkompangkan alunan lagu luka

kerana mahligaimu hanya sesaat kaki melangkah



Andai kau bersempuh dalam gerimis

pasti titisnya menyiksa diriku

relakan perawanmu dengan tulus

istana itu biar ke penghujung



Usahlah menangis Gadis

kita tetap bersanding jua

di pelamin jiwa tersembunyi


- Shah Alam



Picture by
http://www.flickr.com/photos/elielid/1673368707/

6 comments:

  1. Salam Ziarah Pak Penyu.

    (^_^)v

    sedihnya ble cinta terhalang dan dipaksa bersama dengan org yg kita tak cinta.

    [erm.. betul ke pe yg Lea faham tu? Hehe..]

    ReplyDelete
  2. Terima lea, cerita zaman muda-muda dulu.

    Gadis kalis peluru ku, terima kasih kerana sudi menjengah dari alor setar.

    Terima kasih keran sudi singgah dan membaca.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah Abang Sham.

    Seperti biasa, bunga-bunga bahasa dalam puisi Abang Sham sangat puitis namun masih boleh difahami maksudnya.

    Penyampaian yang baik dan Abang Sham memang sesuai bermadah dalam alunan melankolik. Perasaan yang dipamerkan mudah menyerap ke dalam hati.

    Wah, bukan main lagi saya berbicara ya. Hehehe...

    Em, mungkin Abang Sham boleh beri tips untuk sesiapa yang ingin belajar menulis puisi seperti saya ni. Hehehe...

    Okeylah, jumpa lagi. Salam berpuisi... ;)

    ReplyDelete
  4. bang sham khusus nulis puisi saja yaa....puisinya banyak sekali ^_^

    ReplyDelete
  5. Terima kasih RidhOne & Sunur kerana sudi baca.

    ReplyDelete